top of page

Tanda Tanda Gangguan

GANGGUAN KETIKA TIDUR (MIMPI)

 

  • Mimpi  dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

  • Mimpi diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

  • Mimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

  • Mimpi di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

  • Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

  • Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

  • Mimpi terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

  • Selalu ditindih ketika tidur.

  • Sering mimpi di datangi pasangan yang tidak dikenali.

  • Mimpi melakukan hubungan dengan pasangan yang tidak dikenali.

  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

  • Mimpi ular, kucing, anjing dan kala jengking

 

TANDA TANDA KEHADIRAN GANGGUAN YANG TERDAPAT PADA DIRI SENDIRI ATAU SESEORANG

 

  • Sering sakit pada bahagian punggung, bahu dan tengkok.

  • Rasa sebal dan panas pada anggota badan.

  • Sering pening atau mabuk yang tidak disebabkan oleh penyakit.

  • Perubahan sikap pada diri mangsa.

  • Sering merasa seperti ada sesuatu bergerak didalam tubuh.

  • Suka bersendirian didalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.

  • Badan, tengkok terasa bahang dan gelisah ketika mendengan bacaan ayat2 suci AlQuran.

  • Dukacita dan selalu kesal.

  • Tidak mahu tidur yang diiringi dengan rasa takut.

  • Banyaknya terjadi pertikaian di dalam rumah.

  • Warna wajah yang muram serta kekuning-kuningan.

  • Mendengar suara bisikan di telinga.

  • Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.

  • Mula rasa seram sejuk seperti demam , sendawa , sakit kepala selepas masuk waktu Asar

  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.

  • Kerap mendengar sesuatu bisikan

  • Melihat jin secara terus

  • Gagal melakukan hubungan kelamin

  • Kerap sendawa , terasa mengantuk bila mendengar AlQuran.

  • Keadaan keluarga porak peranda.

  • Sering perselisihan faham antara suami / isteri.

  • Nampak kelibat atau bayangan

 

 

TANDA GANGGUAN DI RUMAH, PEJABAT DAN KEDAI

 

  • Kedengaran bunyi goli jatuh di lantai.

  • Kedengaran seperti ada orang tarik perabot di waktu malam.

  • Masakkan cepat rosak dan basi.

  • Tempat berbau busuk atau kemenyan.

  • Keadaan keluarga porak peranda.

  • Sering perselisihan faham antara suami / isteri.

  • Nampak kelibat atau bayangan.

  • Kedengaran suara orang memanggil di dalam rumah.

  • Perniagaan merosot secara mendadak.

  • Sering kehilangan wang.

  • Rumah yang susah untuk dijual semula.

  • Suasana muram dan malap

  • Sering terjumpa duit syiling 1 sen atau 5 sen di ruang/sudut kedai atau pejabat

  • Bayi sering menangis

bottom of page