top of page
Panduan.jpg

Panduan Persiapan Untuk Pesakit: Apa anda harus tahu sebelum menjalani rawatan ruqyah dirumah

PERSIAPAN TEMPAT RAWATAN

• Sebaiknya di ruang tamu atau ruang yang luas
• Ruang harus bebas dari barang barang yang boleh jadi halangan (meja, kursi, barang perhiasan diketepikan)
• Keluarkan atau mengetepi kan apa apa barangan perkhiasan seperti patung dan lukisan berbentuk manusia atau binatang buas
• Menurunkan, keluarkan dan mengetepi apa apa barang yang boleh di anggap syirik (wafaq, azimat, tangkal dan sebagainya... jangan di buang dulu) - Perawat anda boleh memberi nasihat kalau barang barang tersebut dibolehkan atau tidak mengikut hukum islam dan juga boleh membantu untuk menghapuskan atau buangkan barang barang tersebut untuk anda
• Siapkan beberapa botol air. Boleh menggunakan sebarang air... air paip, air mineral, air perigi, air reverse osmosis dan sebagainya. Lebih baik kalau airnya tidak 'dimasak' (gunakan air hidup)

UNTUK KAUM LELAKI

• BerWudhu'
• Memakai pakaian menutup aurat (seluar panjang, track pants dan sebagainya)
• Menanggalkan kesemua barang kemas yang dibuat oleh emas merah/kuning jika memakainya

UNTUK KAUM WANITA

• Berwudhu' (sebaiknya wanita yang dirawat bebas dari haid)
• Memakai pakaian menutup aurat (menutup semua kecuali muka)
• Sekiranya pesakit memakai baju seperti baju kurung atau kain panjang, hendaklah dia mamakai seluar panjang di dalam kainnya. Juga di nasihat untuk memakai stokin.
• Wajib!!! Kaum wanita yang memerlukan rawatan harus disampingi oleh seorang lelaki mahram (beberapa perawat tidak akan merawat wanita tanpa adanya mahram kecuali sewaktu kecemasan)

UNTUK SESIAPA YANG HADIR SEWAKTU RAWATAN (KELUARGA, SAUDARA, TEMAN)

• Sebaiknya semua menutup aurat (lelaki ataupun wanita). Sekiranya ada yang keberatan untuk menutup aurat seperti dinasihatkan, si perawat berhak untuk menasihati untuk tidak hadir di ruang yang sama (duduk didalam bilik tidur atau dapur dan tidak dapat dilihat si perawat)
• Sebaiknya berduduk diam dan jangan berbual bual sewaktu rawatan kecuali ditanya perawat untuk mendapatkan matlumat atau seandainya ada sesuatu penting yang hendak diberitahu ke perawat
• Di nasihati untuk membantu perawat jika diminta bantuan, seperti memegang pesakit sewaktu diracau dan sebagainya
• Janganlah khuatir atau takut sekiranya pesakit berkelakuan 'aneh' atau 'menyeramkan'
• Jangan sesekali "wa'sangka" yang pesakit itu di bikin orang yang dikenali sekiranya itulah tujuan syaitan untuk bermusuh musuhkan diantara manusia
• Jangan sesekali menanya "siapa yang hantar", "siapa yang buat" sekiranya itu tidak penting dan tidak juga membawa manfaat
• TIDAK MEMBUAT SEBARANG RAKAMAN TANPA IZIN PERAWAT.

SELEPAS AKHIR RAWATAN

• Perawat akan memberi keterangan mengenai rawatan tadi
• Perawat akan memberi nasihat tentang rawatan selanjutnya jika perlu
• Perawat akan memberi nasihat tentang benteng diri dan amalan amalan yang patut di amalkan
• Perawat akan membacakan ayat ayat ruqyah pada air yang disiapkan tadi
• Bertanyalah kepada si perawat apa apa yang ingin dijelaskan

RAWATAN/MEMBERSIHKAN RUMAH

• Si perawat akan menjalankan pembersihan/rawatan rumah jika perlu/mohon
• Sila menyimpan apa apa barang kemas yang berharga
• Sila menyimpan apa barang barang intim/peribadi dan jangan tinggalkan tersangkut atau bersipah dan boleh dilihat perawat
• Sebaiknya berkemas bilik sebelum rawatan tersebut
• Iringi lah si perawat sewaktu dia merawat bilik bilik anda

Insyallah matlumat diatas boleh menjadi suatu penerangan yang boleh membawa manfaat kepada semua.

bottom of page