top of page

Mengenali Ruqyah Syar'iyyah

Apa artinya Ruqyah Syar'iyyah

 

Dalam bahasa asas... Ruqyah artinya 'Jampi', 'Mantera', Doa dan sebagainya.  Dan Ruqyah Syar'iyyah artinya Jampi mengikut syariat.

 

Rasulullah pernah mengharamkan Ruqyah?

 

Rasulullah pernah mengharamkan Ruqyah.  Dan Ruqyah ini digelar sebagai Ruqyah Syirk'iyyah.  Diharamkan kerana berkandung unsur unsur syirik. Dijuga panggil sebagai Ruqyah Jahiliah.

 

 

Dahlil Ruqyah diperbolehkan oleh Rasulullah.

 

Dari Auf bin Malik Al Asyja'i; "Kami biasa melakukan jampi pada masa jahiliyah.  Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW; 'Ya Rasulullah! bagaimana pendapat Anda tentang jampi?"

 

Beliau menjawab; "Peragakanlah jampi itu di hadapanku.  Jampi itu tidak ada salahnya asalkan tidak mengandung unsur unsur syirik." (Sahih Muslim 4079).

 

 

Syarat Syarat Ruqyah

 

  1. Bacaan dari Al Quran dan Sunnah

  2. Dalam bahasa yang diarti sesiapa yang hadir

  3. Kepercayaan yang Ruqyah dengan sendirinya tidak ada apa apa dan setiap sembuhan datang dari Allah SWT

  4. Tidak mengandung unsur unsur syirik (dan juga melanggar syara')

 

 

Rawatan Ruqyah Sebagai Rawatan Perbagai Penyakit

 

Rawatan Ruqyah seringnya dikaitkan dengan rawatan kepada masalah gangguan.  Tetapi Ruqyah sebenarnya adalah rawatan untuk perbagai penyakit fisikal (medikal) dan juga ruhani (spiritual).

 

Ruqyah boleh dilakukan kepada pesakit yang menghadapi sakit fisikal.  Al Quran digunakan sebagai syifa (penyembuh).  Perawat seringnya akan membacakan ayat ayat Ruqyah Asas kepada semua pesakit walaupun pesakit hanya memberitahu yang penyakitnya hanya dari segi fisikal dan bukan ruhani/gangguan

 

Sudah ternyata Al Quran dan As Sunnah sudah menerangkan ayat ayat yang boleh digunakan sebagai syifa

 

 

Rawatan Ruqyah Mandiri (Rawat Diri Sendiri)

 

Sebaik baiknya orang yang meruqyahkan dirinya adalah dirinya sendiri.  Al Quran diturunkan kepada semua ummat dan sesiapa sahaja boleh membaca Al Quran dan meminta Allah untuk kesembuhan.

 

Belajarlah rawatan ruqyah untuk merawat diri sendiri, keluarga dan sewaktu kecemasan.

 

Dapatkan nota nota cara untuk merawat diri sendiri.  Klink Disini untuk Nota

 

Nota Nota Rawatan Mandiri

bottom of page