top of page
Hukum membakar Dupa.jpg

Apa hukumnya membakar kemenyan dirumah?

Hukum membakar dupa atau kemenyan seperti yang biasa terjadi ketika acara pengajian akbar, perayaan maulid, misalnya, hukum adalah sunnah. Karena tujuannya adalah untuk membuat wangi ruangan. Dupa mempunyai aroma harum. Dan pemakaian dupa kalau digunakan untuk hal-hal yang bertentangan dengan Islam maka hukumnya berubah haram.

Artinya hukum membakar kemenyan/dupa tergantung niatnya. Kalau niatnya, untuk mensukseskan proyek yang sedang digarap atau supaya tanamannya subur atau mendatangkan roh, jin dan hal-hal yang bertentangan dengan Islam, maka hukumnya haram. Dalam al-Baqarah ayat 186 ditegaskan bahwa yang bisa mengabulkan permintaan sebuah doa dan harapan adalah Allah SWT.

Sudah menjadi adat dalam sejarah melayu dan juga nusantara untuk membakar kemenyan dan ini juga dilakukan oleh orang berbangsa dan agama lain.

Menurut kebudayaan melayu (Melayu... bukan beartinya Islam)... Membakar kemenyan pada malam Jumaat atau adanya upacara majlis seperti tahlil dan juga doa selamat akan menghindarkan Jin dari mengganggu acara tersebut. Dari hukum Islam, Kepercayaan ini yang boleh membuat membakar kemenyan dari hukum harus berubah menjadi haram.

Dan seringnya dan pasti kita sering lihat, ramai yang membakar kemenyan akan membawa bakaran tersebut keliling rumah atau ruang tertentu untuk 'mengasapkan'nya. Ini juga terjadi sewaktu acara acara lain seperti memagar gelanggang silat dan juga kuda kepang. Kerana kepercayaan dan tujuan (niat) yang tertentu, maka berubahlah hukumnya dari hukum harus kepada hukum haram.

Mengapa mengasap itu boleh menjadi haram. Jawapan yang ringkas... iya adalah makanan jin.

Jadi bolehkah kita menggunakan kemenyan? Jawapannya boleh tetapi sebagai haruman sahaja dan bukan tujuan yang lain. Kita tidak boleh membakarnya kerana hendak menggunakan asapnya.

Ada juga khasiat lain menggunakan kemenyan yang berkualiti tinggi seperti kemenyan arab. Ada beberapa kemenyan yang boleh dimakan dan ramai orang di timur tengah yang mengisap atau kunyah seperti singgam. Kemenyan yang berkualiti tinggi ini boleh membersihkan saraf tubuh dan juga kuat minda.

bottom of page