top of page

Islam Melarang Menyemah (Semah) Rumah…

Kami sering menerima permintaan untuk datang membersihkan rumah akibat gangguan. 8 daripada 10 orang yang memohon perkhidmatan kami akan bilang yang mereka ingin dapat perkhidmatan ‘semah’ rumah.

Kami sering menerangkan yang kami tidak menyemah rumah tetapi akan ‘membersihkan’, ‘rawat’, ‘ruqyahkan’ ataupun ‘doakan’ rumah. Apa berbezaannya?

Artinya semah atau menyemah dalam kamus melayu:

(sémah) jamuan makanan dll yg diberi-kan kpd hantu atau orang halus (dgn sesuatu tujuan): kalau makyung itu akan dimulai, ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam; bersemah mengadakan upacara semah: dr sinilah timbulnya adat memuja pantai dan ~; menyemah menyediakan (menghidangkan) semah utk hantu atau orang halus, menjamu: istiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai adalah utk memujuk penunggu laut; menyemahkan menyediakan (menghidang¬-kan) sesuatu sbg semah, mengadakan semah: aku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong; semahan semah; penyemahan perbuatan dsb menyemah(kan): ~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya; penyemah

Walaupun kami tahu tujuan permintaan yang meminta perkhidmatan kami. Kami juga ingin orang ramai berhenti menggunakan perkataan semah kerana makna yang bertentang dengan syariat.

Mengapa ramai masih menggunakan perkataan semah? Kerana adat dan bahasa. Orang dulu dulu cakap semah, kita pun cakap semah tanpa mengerti makna yang sebenarnya.

Mari kita bersama berhenti menggunakan perkataan tersebut supaya tidak menimbulkan fitnah atas tujuan yang dimaksudkan. Jangan sehingga orang bukan Islam menyemak perkataan semah dan berfikir orang Islam juga memberi jin, makhluk halus dan hantu makan.

bottom of page